Semusim Perjalanan
....Seuntai Bicara Mengubah Rasa....

Tuesday, 9 October 2012

Dilarang Merokok


            “Dilarang Merokok di Kawasan Ini.” Ayat ini selalu kita baca di tempat-tempat awam seperti di dalam bas, kereta api, perpustakaan dan sebagainya. Namun, terdapat juga segelintir masyarakat kita yang langsung tidak menghiraukan larangan tersebut dengan bersahaja menghisap rokok di tempat-tempat larangan.
            Pernah suatu ketika dahulu semasa di alam persekolahan, guru-guru lelaki menjadikan kawasan kantin sekolah sebagai tempat untuk menghisap rokok. Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana boleh menjejaskan kesihatan pelajar-pelajar. Lagipun perbuatan tersebut menjadi kesalahan dan telah dilarang dari dahulu lagi. Selain sekolah, tempat-tempat awam yang lain juga turut berlaku kejadian sebegini, contohnya dalam Kereta Api Tanah Melayu.
Bukan setakat orang dewasa, kanak-kanak bawah umur juga menghisap rokok dan kadang kala jumlah pengambilan rokok dalam kalangan ini lebih tinggi berbanding orang dewasa. Harga rokok sekarang semakin mahal dan seseorang itu sanggup mengeluarkan wang yang banyak hanya untuk membeli rokok yang tidak mendatangkan nilai. Ini bermakna seseorang itu akan membazirkan wangnya contohnya seorang pelajar yang membelanjakan wang perbelanjaan sekolah yang diberikan oleh ibu bapanya untuk membeli rokok, sedangkan wang itu untuk perbelanjaannya membeli makanan di sekolah. Hal seperti ini patut dibendung.

Sekian.

No comments:

Post a Comment