Laman
sosial merupakan tempat yang paling popular bagi golongan remaja masa ini untuk
meluahkan pendapat ataupun berkongsi ilmu. Namun begitu, terdapat segelintir
antara mereka ini menggunakan bahasa yang melampau semasa “update status” dan
boleh dikatakan merosak bahasa Melayu sendiri.
Pertama
sekali melihat “status” yang di naikkan, saya berasa menyampah dan tidak
keterlaluan jika saya katakan mereka ini mengalami kecelaruan bahasa. Apakah
perasaan mereka ketika mereka menulis “status” tersebut dan tidak terfikirkah
mereka tindakan mereka ini boleh merosakkan bahasa mereka sendiri.
“Titew
tidow dlu larh.” Itu salah satu contoh bahasa yang digunakan. Pada pendapat
saya, golongan ini perlu mencari identiti mereka dahulu. Perbuatan mereka ini
boleh menimbulkan rasa “meluat” kepada pengguna laman sosial yang lain. Laman
ini merupakan laman awam dan setiap yang ingin dinaikkan perlu mengambil kira
perasaan orang lain.
Sekian.