Beberapa
hari ini saya kerap mendengar iklan yang berkaitan penggunaan kepelbagaian
dialek yang telah di iklankan dalam radio Suria FM. Saya amat tertarik dengan
iklan tersebut kerana melambangkan negara kita yang kaya dengan kepelbagaian
dialek dan perlu terus dipertahankan.
“Tidak
kisahlah dialek apa sekalipun yang digunakan, asalkan kita saling memahami apa
yang ingin disampaikan.” Saya amat bersetuju dengan kenyataan ini kerana setiap
dialek mempunyai keistimewaan tersendiri. Tidak salah sekiranya kita ingin
menghormati dialek orang lain asalkan apa yang ingin disampaikan sampai
maksudnya kepada kita. Secara tidak langsung, mereka juga akan turut
menghormati dialek kita dan ini dapat mengeratkan hubungan sesama kita.
Setelah
menjejakkan kaki ke menara gading, saya telah mengalami sendiri situasi ini.
Teman rapat saya di sini datang daripada pelbagai negeri iaitu Sarawak, Kedah
dan saya sendiri datang dari negeri Kelantan. Kami saling menghormati dialek
masing-masing. Percakapan harian kami juga menggunakan dialek masing-masing dan
ini menjadikan kami begitu istimewa di mata pelajar-pelajar yang lain.
Sekiranya ada antara kami yang tidak faham apa yang dituturkan, kami akan
menjelaskan dalam bahasa yang mudah difahami. Situasi ini secara langsung
membolehkan kami belajar bertutur dalam dialek yang lain.
Sekian.
No comments:
Post a Comment