Pada hujung minggu yang lepas, saya
menaiki Kereta Api Tanah Melayu (KTM) untuk ke rumah sepupu di Rawang. Seperti
kebiasaan, pada hujung minggu jumlah penumpang KTM agak ramai dari hari biasa.
Semasa perhentian di stesen Kuala Kubu Baru, terdapat dua orang wanita
berbangsa Cina masuk ke dalam kereta api. Mereka bercakap dengan nada yang amat
kuat sehingga semua penumpang memandang ke arah mereka. Namun pandangan
tersebut tidak dihiraukan dan mereka terus bercakap dalam nada yang sama
sehinggalah tiba di perhentian pertukaran Rawang.
Negara kita sering mengetengahkan
slogan “Hormat Menghormati Amalan Mulia.” Semasa kejadian tersebut saya ingat
kembali kepentingan slogan tersebut. Semasa berada di tempat awam, kita tidak
boleh pentingkan diri sendiri sahaja kerana kepentingan orang lain juga perlu
dijaga. Hal ini demikian kerana, perkhidmatan awam merupakan hak bersama tanpa
mengira agama dan kaum.
Sekian.
No comments:
Post a Comment