“Penggunaan
bahasa Melayu baku.” Isu ini sering kali dibincangkan oleh setiap ilmuan
bahasa. Beberapa hari yang lepas semasa proses pembelajaran satu aspek bahasa,
kami diajukan soalan oleh pensayarah iaitu, “mengapa kita tidak menggunakan
bahasa Melayu baku ataupun penggunaan ayat yang betul dalam percakapan harian?”
Hal ini demikian kerana, penggunaan bahasa hari ini lebih kepada bahasa
singkatan, contohnya “kamu dah makan?”
Setelah
diperhati dan diteliti isu ini, saya berpendapat bahawa bahasa Melayu boleh
digunakan dalam bahasa Melayu formal ataupun tidak dan perlu mengikut situasi.
Sekiranya berada dalam situasi formal seperti majlis-majlis ilmu, bahasa Melayu
baku perlu digunakan demi memartabatkan bahasa Melayu itu sendiri dan jangan
sesekali mengangkat bahasa-bahasa lain lebih dari bahasa kita.
Namun begitu, sekiranya berada dalam situasi
tidak formal seperti berkomunikasi dengan rakan-rakan, bahasa singkatan boleh
digunakan kerana situasi itu tidak formal. Hal ini demikian kerana, kita akan
berasa janggal sekiranya terus menggunakan bahasa tersebut.
Sekian.
No comments:
Post a Comment