Semusim Perjalanan
....Seuntai Bicara Mengubah Rasa....

Tuesday, 9 October 2012

Bahasa "Facebook"


Laman sosial merupakan tempat yang paling popular bagi golongan remaja masa ini untuk meluahkan pendapat ataupun berkongsi ilmu. Namun begitu, terdapat segelintir antara mereka ini menggunakan bahasa yang melampau semasa “update status” dan boleh dikatakan merosak bahasa Melayu sendiri.
Pertama sekali melihat “status” yang di naikkan, saya berasa menyampah dan tidak keterlaluan jika saya katakan mereka ini mengalami kecelaruan bahasa. Apakah perasaan mereka ketika mereka menulis “status” tersebut dan tidak terfikirkah mereka tindakan mereka ini boleh merosakkan bahasa mereka sendiri.
“Titew tidow dlu larh.” Itu salah satu contoh bahasa yang digunakan. Pada pendapat saya, golongan ini perlu mencari identiti mereka dahulu. Perbuatan mereka ini boleh menimbulkan rasa “meluat” kepada pengguna laman sosial yang lain. Laman ini merupakan laman awam dan setiap yang ingin dinaikkan perlu mengambil kira perasaan orang lain.

Sekian.

No comments:

Post a Comment