Laman
sosial “facebook” merupakan laman sosial yang selalu digunakan oleh remaja masa
kini bagi berkongsi ilmu, menyampaikan maklumat, berkongsi pendapat dan
sebagainya. Selain itu, terdapat juga sebilangan kecil antara mereka
menyalahgunakan laman sosial ini dengan menimbulkan isu-isu yang negatif
sehingga berlaku pergaduhan. Perkara sebegini selalu berlaku sehingga menjadi
isu yang serius. Selain itu, terdapat juga mereka yang mengutuk, menjatuhkan
maruah orang lain di laman ini. Wajarkah perkara ini berlaku? Bagaimanakah perasaan
kita sekiranya perkara sebegini berlaku ke atas kita? Soalan ini perlu ditanya
pada diri sendiri bagi memberi kesedaran tentang buruk dan baiknya perkara ini.
Bagi pendapat saya, perkara sebegini
tidak seharusnya berlaku kerana laman sosial merupakan suatu tempat yang boleh
dijadikan “tapak” untuk berdiskusi sesama kita bagi membincangkan sesuatu isu
ataupun menyampaikan ilmu bagi perkongsian bersama dan bukannya dijadikan “tapak”
pergaduhan sesama kita.
Sekian.
No comments:
Post a Comment