Assalamualaikum
w.b.t
Perasaan
hormat kepada guru amat penting diambil serius oleh setiap pelajar. Hal ini
demikian kerana, tanpa perasaan tersebut, ilmu yang diperoleh tidak akan
mendapat keberkatan daripada Allah S. W. T. Apa yang saya lalui beberapa hari
ini ialah berhadapan dengan pelajar yang tidak sopan ketika sesi pembelajaran. Ketika
pensyarah menyampaikan pengajaran, mereka berbual di belakang dengan
menggunakan suara yang kuat.
Pada pendapat saya, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana sebagai pelajar, perasaan hormat kepada guru perlu ada dan perbuatan mereka itu secara tidak langsung telah mengganggu tumpuan pelajar lain. Tugas mereka sebagai pelajar adalah belajar dan perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana tumapuan yang tinggi haruslah diberikan semasa proses pembelajaran dan pengajaran.

Sekian.
No comments:
Post a Comment