“Sejauh
manakah letaknya darjat bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia?”
Persoalan itu sering kali diajukan belakangan ini kerana bahasa Inggeris lebih
tinggi penggunaannya dalam semua aspek termasuklah ketika berlangsung
perbincangan dengan negara luar hinggalah ke dalam dunia kampus. Di sini saya
tidak mahu menyentuh isu yang berkaitan dengan perbincangan negara, tetapi saya
ingin menyentuh isu yang berlaku di sekitar saya iaitu karenah pelajar ataupun
mahasiswa dalam penggunaan bahasa Melayu. Apa yang dapat saya lihat, pelajar
sekarang mengalami kecelaruan dalam berbahasa iaitu mereka suka sangat
mencampurkan bahasa Malayu dan bahasa Inggeris semasa perbualan harian
sehinggalah dibawa ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada pandangan
saya, hal ini tidak seharusnya berlaku kerana bahasa Melayu harus diletakkan
pada darjat yang paling tinggi dalam negara kita. Hal ini demikian kerana,
sekiranya percampuran bahasa terus berlaku, tidak mustahil bahasa utama negara
iaitu bahasa Melayu akan terus tenggelam dan masyarakat juga akan terikut-ikut
dengan perangai orang barat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment