Assalamualaikum
w.b.t....
Di
sini saya ingin berkongsi satu peristiwa ataupun keadaan yang berlaku di
sekitar saya sejak belakangan ini. Pada Sabtu lepas, saya dan kawan-kawan ke
pasar malam Tanjung Malim. Pasar malam di Tanjung Malim ini boleh dikatakan
besar sebab kebanyakan semua pelajar UPSI termasuklah saya akan datang di sini
untuk mendapatkan barangan keperluan harian dan makanan. Boleh dikatakan setiap
minggu saya akan mendapatkan ayam gunting ataupun lebih dikenali dengan
panggilan “Uncle Bob” dan boleh dikatakan itulah makanan yang saya akan beli setiap
kali ke pasar malam.
Dipendekkan
cerita, saya sangat mengagumi “abang” yang menjual “Uncle Bob” ini sebab dia
pandai berkomunikasi dengan pelanggannya. Saya tidak pasti “abang” ini berasal
dari mana, tetapi yang pasti dia menggunakan dialek Kelantan. Saya cakap saya
tidak pasti sebab kebanyakan orang Terengganu yang berada di daerah Besut juga
akan menggunakan dialek Kelantan (macam saya). Apa yang saya kagum sangat
dengan “abang” ini ialah dia akan berkomunikasi dengan pelanggannya dengan
menggunakan bahasa baku. Namun begitu, sekiranya pelanggan mereka menggunakan
dialek yang sama dengannya, dia akan berkomunikasi dalam dialek tersebut.
Situasi ini jelas menunjukkan betapa teguh jati dirinya dalam memartabatkan
bahasa ataupun dialek mereka.
Hal ini jelas menunjukkan negara
kita mempunyai pelbagai bahasa dan dialek. Situasi yang ditunjukkan oleh
“abang” tersebut boleh diikuti kerana dia pandai berkomunikasi mengikut situasi
yang dialami. Saya juga “respect” “abang tu sebab dia tidak melupakan asal usul
dan kebudayaannya. Sikap yang ditunjukkannya boleh diikuti oleh sesama kita.
Sekian.....
No comments:
Post a Comment