Pada 15-16 Oktober 2012 baru-baru ini telah berlangsung Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu dan Pelancaran Bulan Bahasa Melayu peringkat negeri Perak 2012 di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Persidangan ini telah dihadiri oleh ahli-ahli bahasa dari Indonesia, Indonesia, Bogor, Bandung dan juga ahli bahasa di Malaysia sendiri. Persidangan ini dilakukan bagi memartabatkan lagi bahasa Melayu yang telah kian pudar di negara kita sendiri.
Semasa berlangsungnya persidangan ini, saya tertarik dengan kertas kerja yang dibentangkan oleh wakil Singapura. Antara inti kertas kerjanya ialah berkaitan warga Malaysia yang melanjutkan pelajaran di sana. Beliau menyatakan bahawa rakyat Malaysia yang melanjutkan pelajaran di sana lebih suka berada di bahagian belakang semasa di dalam kelas dan tidak suka bertanya dalam proses P&P. Hal ini berlaku kerana mereka tidak memahami bahasa ibunda di Indonesia.
Pada pendapat saya, tidak memahami bahasa ibunda bukan satu alasan yang kukuh bagi pelajar Malaysia memencilkan diri sebegitu kerana tugas seorang pelajar adalah belajar dan ketidakfahaman itulah yang perlu dijadikan pendorong kepada mereka untuk lebih mendalami dan belajar bahasa ibunda mereka bagi memudahkan proses pembelajaran semasa di sana. Tidak menjadi suatu kesalahan kita belajar bahasa asing kerana kita bukan ingin mengagung-agungkan bahasa mereka, tetapi sekadar ingin menambahkan lagi pengetahuan dalam berbahasa.
Sama-samalah kita tingkatkan ilmu pengetahuan kita.
No comments:
Post a Comment